Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.
Atas dakwaan kerana gagal mengawal ciri-ciri keselamatan semasa perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman, mendapati KAFA bersalah untuk empat.
“Hukuman tersebut adalah paling minimum dan KAFA tidak dibenarkan membuat rayuan, namun Kelantan tidak mengaku salah (atas pertuduhan itu).
Menurut Ednan, berdasarkan bukti-bukti yang diterima badan induk itu, Kelantan didapati bersalah walaupun pasukan itu menafikannya.
Bagi pertuduhan pertama, Kafa didenda RM20,000 kerana kejadian balingan mercun dalam stadium dan didenda RM 2,500 lagi atas insiden penonton melontar objek ke dalam padang.
"Pertuduhan ketiga, Kelantan perlu membayar RM20,000 atas kesalahan penyokong mereka melontar objek kepada penyokong Johor," kata Ednan.
Tambah Ednan, "untuk pertuduhan terakhir, The Red Warriors didenda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam stadium."
"Sehubungan itu, Kelantan tidak dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman yang diputuskan adalah minimum,” katanya ketika sidang media Jawatankuasa Tatatertib Disiplin di Wisma FAM, hari ini.
Dalam pada itu, Ednan turut mengumumkan Kelantan mungkin bermain dalam stadium kosong pada perlawanan akan datang jika Kafa masih gagal mengawal tingkah laku penyokong mereka.
“Begitupun, kami memberikan peluang kepada KAFA dan pihak kami akan menghantar pegawai-pegawai untuk menilai tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV (bermula pada perlawanan menentang Perak pada 1 Mac depan).
“Sepatutnya Kelantan juga dijatuhkan hukuman bermain tanpa penyokong, tapi pihak jawatankuasa memberi mereka peluang dan menangguh hukuman itu buat masa ini.
Malah, KAFA turut diberi amaran terakhir bahawa mereka pasukan Kelantan mungkin terpaksa bermain dalam suasana stadium yang kosong di Kota Bharu jika masalah sama terus berlaku pada perlawanan-perlawanan akan datang.
Kali terakhir KAFA didenda ialah pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, 28 Ogos tahun lalu dengan jumlah RM40,000.
Nampak gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.
FAM gilo....presiden FAM bengong....sumo set2 FAM ati busuk ngan KAFA...set2 ubi...kalu x ingat klate dale malaysia...x sir wi pok2 klate wakil malaysia....mujur do klate negri lain blh tupae byr gaji
ReplyDelete