Nuffnang Ads

Wednesday, February 20, 2013

Sultan Selangor perkenan bubar Dun Selangor


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila tiba masa yang sesuai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun tarikh pembubaran Dun Selangor itu hanya akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei minggu depan, katanya.

"Tuanku setuju untuk bubarkan Dun, tapi saya akan umum pada masa yang sesuai supaya ada upacara khas pembubaran itu.

"... Sultan tidak halang pembubaran itu,  Tuanku cadangkan ia dibuat dengan tertib dan teratur," kata Abdul Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor di Pejabat Kerajaan Negeri, hari ini.

Ditanya sama ada Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan lebih awal tarikh pembubaran, Abdul Khalid berkata beliau telah berjanji dengan Tuanku untuk tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau mengulangi pendirian semalam bahawa Kerajaan Negeri Selangor tiada masalah untuk membubarkan Dun serentak dengan Parlimen.

"Saya dah janji ikut titah tuanku, tak payah umum awal.

"... kita terima nasihat tuanku, pilihan raya mesti diadakan," katanya.

Abdul Khalid pada 30 Januari lalu mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk membubarkan Dun Selangor selepas perayaan Chap Goh Meh susulan tarikh tempoh penggalnya akan berakhir secaara automatik pada 22 April depan.

No comments:

Post a Comment