Patrick Ronaldinho Wleh tekad untuk mencalarkan maruah juara bertahan, pasukan Kelantan dalam misi hidup dan mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini.
Misi kalah mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini menjadi pentas buat Patrick Ronaldinho Wleh untuk mencalarkan reputasi Kelantan sebagai juara bertahan.
Menurut penyerang kebangsaan Liberia itu, PKNS FC mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan Kelantan yang mendapat bye pusingan pertama.
Pada pertemuan pembukaan Liga Super 2013, PKNS FC tewas 2-1 menerusi jaringan minit-minit akhir sekali gus membakar semangat Patrick Ronaldinho dan rakan-rakan untuk memusnahkan harapan Kelantan di hadapan penyokong sendiri.
Malah Patrick Ronaldinho mendakwa dia dinafikan penalti di penghujung perlawanan.
“Kami mampu menang di sana (Kota Bharu).
“Sebelum ini kami pernah beraksi hebat menentang mereka,” katanya yang pernah membantu Sime Darby muncul kelab pertama yang mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tumpas kepada Kelantan.
Sumber : StadiumAstro.com
No comments:
Post a Comment