Nuffnang Ads

Friday, November 2, 2012

Biar kami teliti dulu kandungan surat : Rosmadi





Enggan mendedahkan kandungan surat yang diterima daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Kelantan mahu meneliti peraturan persatuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melepaskan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Rosmadi Ismail berkata, sekiranya peraturan membenarkan, Kafa bersedia menyerahkan penyerang sensasi itu kepada Johor.

“Soal bayaran itu nombor dua. Kita perlu teliti dahulu peraturan, jika ia membenarkan maka kita terpaksa lepaskan beliau dan Mat Yo (Norshahrul) sendiri memang berminat mengubah haluan,” katanya.



Ditanya siapa bakal mengisi kekosongan Mat Yo sekiranya pemain itu berhijrah, Rosmadi enggan mengulas lanjut malah menafikan khabar angin pemburuan The Red Warriors terhadap penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri.

“Saya tidak tahu dari mana sumber berita ini diperoleh. Namun di pihak Kafa, kami tidak pernah membincangkannya secara serius,” katanya.

Namun, apa yang pasti Kafa kini sedang cuba membawa kembali bekas pemain sayap Red Warriors yang kini beraksi untuk Harimau Muda A, Muhd Izuan Salahuddin bagi mengukuhkan jentera serangan pasukan itu.

“Kita difahamkan beliau tidak mendapat tempat dalam senarai utama Harimau Muda A, kerana itu kami berhasrat membawa balik Izuan,” katanya.



Sementara itu, Kafa bersedia melepaskan seorang lagi pemainnya yang kini turut menjadi buruan Harimau Selatan, Mohd Nurul Azwan Roya.

"Kontrak beliau tamat hujung tahun ini, dan beliau bebas buat keputusan,sama ada kekal di sini atau berhijrah," katanya.

No comments:

Post a Comment