Nuffnang Ads

Friday, November 16, 2012

Umum pemain 20 November ini : TSAM



Bojan Hodak
Senarai lengkap 25 pemain The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2013, akan diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada 20 November ini.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, senarai pemain dan sebahagian penaja The Red Warriors untuk musim depan itu, akan diumumkan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV sempena perarakan tiga piala pada tarikh tersebut.

“Kita tak perlu ramai, memadai tiga atau empat pemain baru sahaja. Hanya ganti Awe (Mohd Nurul Azwan Roya), S Chanturu dan Matyo (Norshahrul Idlan Talaha) sahaja,” katanya kepada pemberita semalam.

“Pasukan kita sebenarnya 95 peratus hampir siap. Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) dan Azlan (Ismail) kita lepaskan, kerana mereka lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim ini. Untuk musim depan, kita kena mendaftar 25 pemain sahaja.

Ketika ditanya mengenai pemain baru yang dibawa masuk untuk bersama Kelantan, Annuar bagaimanapun enggan mendedahkannya, sebaliknya meminta penyokong tunggu pengumuman pada tarikh berkenaan.

“Berapa Mat Yo jaringkan gol pada musim ini? Enam gol sahajakan. Apa yang boleh saya beritahu, pemain ini menjaringkan lebih banyak gol berbanding Mat Yo sepanjang musim lalu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pihak Kafa giat memperkemaskan usaha memancing dua pemain T-Team, Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta pemain sayap Kedah, Mohd Khryll Muhymeen Zambri untuk menyarung jersi Kelantan pada musim depan.

Dalam perkembangan sama, Annuar memberitahu Ketua Jurulatih, Bojan Hodak mempunyai masa tujuh minggu, bagi melakukan persiapan sebelum perlawanan Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Januari nanti.

“Masa terlalu suntuk sebenarnya. Pemain akan ke Gold Coast, Australia hujung bulan ini. Kita akan mengatur satu perlawanan persahabatan menentang salah sebuah kelab ketika berada di sana. Kelab Sydney FC ada nyatakan hasrat untuk bertemu Kelantan tetapi kita belum fikirkan lagi.

“Kita juga turut bercadang mengadakan perlawanan dengan juara Liga Thailand, Muang Thond United dan Sriwijaya FC (juara Liga Super Indonesia).
"Saya fikir itu merupakan perkara yang baik, elok pemain kita didedahkan aksi pemanas badan dengan pasukan yang hebat dalam persiapan pra musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment