Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi jawapan segera terhadap permohonan mereka untuk mendapatkan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, pihaknya serius mahu mendapatkan khidmat Mat Yo dan tidak mahu berlengah lagi kerana Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) itu berada dalam perancangan ketua jurulatih Fandi Ahmad bagi memantapkan skuad Harimau Selatan musim depan.
“Kita sudah hantar surat tawaran kedua kepada KAFA bulan lalu tetapi masih belum ada maklum balas. Surat pertama adalah surat pertanyaan berhubung kontrak Mat Yo dan sudah dibalas KAFA, tetapi kita masih ternanti-nanti jawapan KAFA berhubung surat kedua.
Apa yang PBNJ lakukan mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jadi, KAFA hanya perlu beri jawapan supaya segala urusan perpindahan Mat Yo dapat diselesaikan secepat mungkin," - Suhairi Hashim, Setiausaha Kehormat PBNJ
Sedia dana tebus kontrak
“Apa yang PBNJ lakukan mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jadi, KAFA hanya perlu beri jawapan supaya segala urusan perpindahan Mat Yo dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Lagipun, pemain itu juga sudah menghantar surat minta pelepasan daripada KAFA," katanya selepas menyaksikan perlawanan akhir Liga Johor Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.
Suhairi berkata, PBNJ sudah menyediakan sejumlah dana bagi menebus kontrak Mat Yo yang masih berbaki setahun lagi dengan KAFA.
No comments:
Post a Comment