Nuffnang Ads

Friday, April 12, 2013

Enam kemenangan berterusan jadi 'tonik' buat The Red Warriors benam ATM : Piya16




Enam kemenangan berturut-turut yang dilakar Kelantan memberi semangat dan keyakinan tinggi kepada barisan The Red Warriors (TRW) untuk membenam Tentera dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok.


Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, yakin rekod kemenangan itu dapat diteruskan kerana barisan TRW kini berada pada tahap terbaik untuk menentang mana-mana pasukan. 
Katanya, segala masalah prestasi yang dihadapi TRW awal musim ini sudah dapat diatasi sepenuhnya termasuk keserasian antara pemain. 

Tentera mahu balas dendam

"Keyakinan semua pemain untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan kini semakin meningkat dan untuk perlawanan malam esok saya yakin Kelantan dapat meneruskan rekod kemenangan.


"Sudah pasti Tentera mahu membalas dendam dengan kekalahan mereka kepada TRW dalam perlawanan terakhir pusingan pertama liga di Stadium Paroi, 29 Mac lalu.

"Namun, kami yakin tidak berdepan masalah untuk menjinakkan sekali lagi lawan kerana kami mempunyai kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, katanya semalam. 
 
Kelantan berjaya meneruskan rekod kemenangan apabila menewaskan SHB Da Nang 1-0 dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) di Stadium Chi Lang, Vietnam kelmarin walaupun beraksi tanpa tiga tonggak iaitu Piya, Shakir Saari dan Mohd Daudsu Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment