Nuffnang Ads

Friday, April 5, 2013

The Red Warriors perlu kekal momentum : PIYA

KETUA Pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi mahu rakan sepasukannya mengekalkan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Sarawak pada aksi suku akhir pertama kempen Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

 
Mohd Badhri atau lebih dikenali panggilan Piya berkata, prestasi cemerlang Kelantan ketika membelasah wakil Vietnam, SHB Da Nang 5-0 pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) perlu diteruskan apatah lagi pasukannya mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

 “Kalau aksi bertenaga seperti tempoh hari ditunjukkan, saya percaya laluan Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan kali kedua menjadi lebih mudah. Dengan syarat kita perlu menyingkirkan Sarawak dahulu sebelum memikirkan lawan seterusnya,” katanya, semalam.

 “Kami hanya perlu memikirkan bagaimana cara mendapatkan jaringan lebih banyak malam esok sebagai bekalan selesa sebelum membuat perhitungan kedua di Kuching pada 16 April nanti.


Menurutnya, beliau berharap gawang Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat tidak bolos pada pertemuan malam esok bagi memastikan Sarawak tidak mempunyai kelebihan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan dalam penentuan pasukan yang layak ke separuh akhir.

Dalam perkembangan sama, Mohd Badhri mengakui rekod tanpa kalah Sarawak dalam saingan Liga Premier musim ini membuktikan skuad itu sememangnya berada dalam kelas tersendiri.
 
“Memang Sarawak beraksi dalam Liga Premier tetapi sebenarnya kekuatan mereka sama seperti pasukan Liga Super. Buktinya mereka kini menduduki tangga kedua liga dan tidak pernah tewas dalam 11 perlawanan setakat ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment