Nuffnang Ads

Monday, January 30, 2012

Mat Yo mahu saingi pemain import


KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mahu terus meledakkan gol untuk membuktikan pemain tempatan lebih hebat daripada barisan import di Liga Super musim ini.
Empat gol dalam lima perlawanan, membuktikan penyerang ini memiliki ketajaman sebagai penyerang dan beliau tidak rela status penjaring terbanyak dirampas pemain import.
"Saya akan terus melakukan yang terbaik dalam kesebelasan utama dan berusaha keras untuk menyaingi pemain import di liga kita. Saya percaya dalam pertengahan liga nanti, mereka juga akan buktikan kemampuan.

No comments:

Post a Comment