Nuffnang Ads

Tuesday, January 31, 2012

SEJARAH PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN


SEJARAH PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KELANTAN FA)

Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946.
Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990.
Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.
Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu.
Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.
Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.
Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja.
Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.Kijang Emas adalah nama timangan lama skuad Kelantan sebelum di tukar kepada The Red Warrior's.

PRESIDEN KAFA

19xx - 19xx - Datuk Haji Hussien Ahmad
19xx - 19xx - Datuk Nik Mahmud Nik Daud
1986 - 1990 - Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher
1991 - 2004 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud
2004 - 2007 - Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2007 - sekarang - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

SENARAI PENGURUS PASUKAN KELANTAN


YearManager
1998-02Malaysia Wan Hashim Wan Daud
2005Malaysia Azman Ibrahim
2006-08Malaysia Ahmad Jazlan Yaakub
2009England Peter James Butler
2009–sekarangMalaysia Azman Ibrahim


SENARAI JURULATIH-JURULATIH KELANTAN

YearCoach
1988Socialist Federal Republic of Yugoslavia Croatia Milan Duricic
1989Singapore Majid Ariff
1991Socialist Federal Republic of Yugoslavia Croatia Milan Duricic
1992Germany Horst Heese
1993Malaysia M. Karathu
1994Czech Republic Milous Kvacek
1996-97Malaysia Kelly Tham
1999Malaysia Mosthakeen Omar
2000Malaysia Abdul Rahim Ahmad
2001-02Malaysia K. Rajagopal
2003-04Malaysia Abdullah Mohamad
2005-06Malaysia Abdul Rahim Ahmad
2007Malaysia Haji Kamaruddin Mohamad
2007Malaysia Anizan Daud
2008Malaysia Norizan Bakar
2008France Regis Laguesse
2009England Peter James Butler
2009–2011Malaysia Bhaskaran Sathianathan
2011Malaysia M. Karathu
2011-PresentEngland Peter James Butler


PENCAPAIAN TERBAIK KELANTAN


1953 -Juara Bersama Selangor Piala FAM 
1955 -Naib Juara Piala Malaysia 
1963 -Naib Juara Piala FAM 
1971 -Naib Juara Piala FAM 
1972 -Naib Juara Piala FAM 
1970 -Naib Juara Piala Malaysia 
1993 -Juara Liga Perdana Dua 
2000 -Juara Liga Perdana Dua 
2005 -Juara Piala FAM 
2009 -Naib Juara Piala FA 
2009 -Naib Juara Piala Malaysia 
2010 -Juara Piala Malaysia 
2011-Juara Piala Sumbangsih 
2011 -Naib Juara Piala FA 
2011 -Juara Liga Super 
2012 -Juara Bersama Persebaya Piala Permai
2012 -Naib Juara Unity Cup

RANKING SEMASA IFFHS


*pada 15 August 2011*

Current RankPrevious RankCountryTeamPoints
317258IndonesiaPersipura70.0
317291TunisiaClub Africain70.0
317313SpainRacing Santander70.0
317378SpainReal Zaragoza70.0
317349IranPersepolis FC70.0
317353Republic of MacedoniaMetalurg Skopje70.0
317331MalaysiaKelantan FA70.0
317332FranceSM Caen70.0
317313LebanonAl-Ahed70.0

No comments:

Post a Comment