Nuffnang Ads

Monday, January 30, 2012

Saya kecewa dengan Ghaddar - Butler



Pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar meraikan gol jaringan beliau keatas pasukan Singapura Lion XII dalam perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar.

KUALA LUMPUR, (Arena,my)  Di sebalik kemenangan 3-0 Kelantan dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur, wujud rasa kecewa jurulatih Peter Butler terhadap prestasi yang dipamerkan pemain import dari Lubanan, Mohammed Ghaddar.
Persembahan yang ditunjukkan Ghaddar terutamanya pada separuh masa pertama perlawanan sangat mengecewakan selepas beberapa peluang yang sepatutnya menghasilkan gol, gagal disempurnakan.
Bagi Butler, meskipun kelibat Ghaddar dalam lima aksi Liga Super belum memuaskan, jurulatih berkelahiran England itu mahu terus memberi peluang dan kepercayaan kepada Ghaddar bagi mencari prestasi sebenarnya.
"Saya kecewa kerana dia mempamerkan aksi yang bagus, namun tidak tahu kenapa dia gagal menyempurnakan gol dengan banyak peluang yang terhidang," katanya.
Kelantan bukan sahaja melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan Liga Super selepas menundukkan Kuala LUmpur 3-0, namun turut menjarakkan diri daripada Terengganu yang berada dikedudukan kedua.
Kelantan bakal berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu untuk bertemu Sabah pada 7 Februari ini.

No comments:

Post a Comment