Nuffnang Ads

Friday, May 18, 2012

Azraai pilih Kijang


KELANTAN menjadi pilihan pengendali Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah untuk menjulang Piala FA, esok.
Menurutnya skuad kendalian Bojan Hodak itu mempunyai segala kelebihan untuk meraih kejuaraan pertama mereka musim ini.


“Pengalaman pemain Kelantan dalam pentas final amat luas sama ada bergelar juara atau naib juara.

“Malah tidak dinafikan mereka mempunyai jentera serangan dan barisan pemain tengah yang mampu menjaringkan gol sekali gus tidak tertumpu kepada individu tertentu“ katanya.


Tambah Azraai, kegagalan Kelantan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah apabila tewas kepada Negeri Sembilan pada awal musim menambahkan lagi keazaman mereka untuk menang.





“Jika dibandingkan antara barisan pemain, Kelantan juga berada di kelas tersendiri berbanding Sime Darby FC,” katanya yang pernah menjulang Piala FA selama dua tahun berturut-turut bersama Kedah.

Beliau juga tidak menafikan faktor penonton memainkan peranan dalam pertemuan pertama Piala FA antara pasukan negeri dan kelab.


“Ia bakal mempengaruhi kelab itu sekiranya tidak ditangani dengan baik terutama pada peringkat awal permainan,” katanya yang meramalkan The Red Warriors akan menang dengan keputusan 2-0.

Namun Azraii turut mengingatkan sedikit kealpaan akan membawa padah kepada Kelantan kerana lawan mempunyai penyerang import yang berkualiti.


“Mereka mempunyai Patrick (Ronaldinho Wleh) yang mampu mengubah keputusan. Malah kemampuan mereka mara ke pentas final membuktikan kelab itu mempunyai keistimewaan tersendiri,” katanya.



Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment