KOTA BAHARU 15 Mei - Peminat bola sepak Kelantan diminta menjaga
keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA di mana pasukan negeri akan bertemu Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta peminat bola
sepak Kelantan supaya menjaga keselamatan pergi dan balik semasa menonton perlawanan akhir bola sepak itu, serta menjaga nama baik negeri.
"Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu," katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Kira-kira 50,000 peminat bola sepak dari negeri itu dijangka membanjiri
Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors itu.
Kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa
bagi memberi peluang kepada penyokong Kelantan pulang dengan selesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA. - BERNAMA
Sumber ; Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment