Nuffnang Ads

Thursday, May 24, 2012

Queens Park Rangers uji Sabah


BUKAN skuad kebangsaan dan ibu negara Kuala Lumpur, sebaliknya kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) memilih Sabah sebagai lawan mereka untuk aksi persahabatan pra-musim di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 18 Julai ini. 

Ia adalah sebahagian daripada siri jelajah pra-musim QPR ke Asia dengan skuad kendalian Mark Hughes itu turut akan bertemu pasukan Pilihan Liga Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, 14 Julai ini.
Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes ternyata individu paling gembira apabila berjaya membawa pasukan kelabnya itu tampil beraksi di Malaysia buat kali pertama.
“Kami cukup seronok dan bangga dapat membawa QPR berkunjung ke Asia untuk siri jelajah pra-musim kali ini. 

“Penyokong di Asia meminati QPR sejak kami terbabit dengan kelab ini dan kami gembira dapat memberi peluang kepada mereka menyaksikan pasukan buat pertama kali. 

“Sepanjang pengetahuan saya, belum ada kelab melakukan jelajah pra-musim ke Sabah. Ini sebagai tanda ingatan kami kepada semua yang membantu AirAsia bertapak di sana dengan membawakan QPR ke Sabah,” kata Tony di laman web rasmi kelab itu, semalam.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment