Nuffnang Ads

Saturday, May 19, 2012

Gusar kecewa berulang : Bojan




KETIKA Kelantan mahu segera keluar dari bayangan kekecewaan pada saingan Piala FA pada edisi lalu, jurulatih Bojan Hodak bimbang harapan tinggi yang disandarkan kepada anak buahnya pada final hari ini boleh membuatkan mereka menderita sekali lagi.
Jurulatih dari Croatia itu mengingatkan barisan pemain supaya tidak terlalu yakin sebaliknya sedar lawan mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, Sime Darby FC akan beraksi tanpa sebarang tekanan.


“Tidak kira di mana kami pergi, di Kelantan atau di KL (Kuala Lumpur), orang akan berkata peluang kami menang 99 peratus dan ini meletakkan kami dalam tekanan.

“Ini juga boleh menyebabkan pemain Kelantan terlalu yakin sedangkan Sime Darby pula tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.


“Kami berasa lebih kecewa berbanding Sime Darby jika kalah pada final,” kata Bojan pada sidang media perlawanan akhir Piala FA, semalam.




Bojan yang mengambil alih tugas daripada Peter Butler, Mac lalu berjaya membimbing Kelantan melangkah ke final Piala FA buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas tewas kepada Selangor 1-1 (sepakan penalti 4-1) pada 2009 kemudian kalah 2-1 di tangan Terengganu tahun lalu.



Namun bekas pemain kebangsaan Croatia berusia 41 tahun itu tidak boleh menafikan hakikat yang pemain Red Warriors berada di prestasi terbaik untuk mengecapi trofi baru buat kali pertama dalam sejarah.


“Pemain saya sudah membuktikan mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan tidak kira dalam Liga Super mahupun dalam kejohanan lain.

“Mereka memiliki pengalaman luas dan karektor hebat biarpun ketinggalan dalam perlawanan, mereka mampu bangkit mencipta kemenangan,” katanya.


Ketika ditanya mengenai barisan utama pada final, beliau lebih senang untuk berteka-teki dengan menyatakan skuadnya bebas daripada kecederaan dan tidak berdepan masalah untuk menurunkan skuad terbaik.


Sumber : Metro



No comments:

Post a Comment