Sultan Johor Pemilik Nombor Plat Kereta WWW 1 | Selepas berteka teki siapakah individu yang membuatbidaan tertinggi terhadap plat kereta WWW 1 akhirnya sudah terjawab. Sultan Johor kini pemilik nombor plat pendaftaran kereta WWW 1 dengan bidaan tertinggi iaitu RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida laintermasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.
Melayukini.net - Ramai tertanya-tanya mengapakah ada orang yang sanggup berhabis duit semata-mata mahu membeli nombor plat sehinga mencecah ratusan ribu. Jawapannya adalah subjektif. Citarasa orang lain adalah berbeza-beza. Penjualan nombor plat ini juga menyumbang kepada pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan
Sumber : Melayukini.net
No comments:
Post a Comment