Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak menyalahkan penjaga golnya Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan menentang Darul Takzim FC di sini malam semalam yang berkesudahan 1-1.
Malah, jurulatih Croatia itu menegaskan sepakan percuma pemain import
termahal Darul Rakzim, Daniel Guiza tersebut memang sukar diselamatkan.
termahal Darul Rakzim, Daniel Guiza tersebut memang sukar diselamatkan.
“Situasi gol hasil sepakan percuma yang menakjubkan ini turut berlaku ketika
perlawanan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas dan perlawanan membabitkan
PKNS (FC),” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.
perlawanan Angkatan Tentera Malaysia minggu lepas dan perlawanan membabitkan
PKNS (FC),” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.
Gol pemain import dari Sepanyol pada minit ke-64 itu mengikat Kelantan yang
mendahului pada minit ke-37 menerusi jaringan Norfarhan Muhammad hingga wisel penamat dibunyikan.
mendahului pada minit ke-37 menerusi jaringan Norfarhan Muhammad hingga wisel penamat dibunyikan.
Mengulas lanjut, Hodak berkata beliau gembira dengan persembahan anak buahnya sekalipun gagal meraih tiga mata penuh.
“Saya gembira kerana inilah cara bermain yang sepatutnya, semua bahagian…pertahanan dan serangan bekerja seiring,” katanya yang turut gembira
kerana beberapa pemain muda yang sebelum ini mengalami kecederaan kini pulih-
kerana beberapa pemain muda yang sebelum ini mengalami kecederaan kini pulih-
BERNAMA.
No comments:
Post a Comment