Lima mata daripada empat perlawanan bukanlah satu permulaan cemerlang bagi juara tiga piala musim lalu, The Red Warriors dalam mengharungi saingan Liga Super setakat ini.
Justeru, bertemu pasukan tercorot liga, Negeri Sembilan di Kota Bharu, malam ini perlu dijadikan satu misi besar bagi Kelantan, betapa hanya kemenangan sahaja dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan penyokong setia mereka yang sedikit terhakis sejak tiga perlawanan lalu.
Hakikat ini diakui sendiri Ketua Jurulatih, Bojan Hodak yang menyifatkan barisan pemainnya tidak mempunyai pilihan selain perlu menewaskan skuad Jang jika mahu terus bersaing dengan kelompok pasukan elit dipersada liga bagi saingan musim 2013 ini.
“Ini satu perlawanan yang cukup penting buat Kelantan. Kami perlu bermain mati-matian. Soal mengekalkan rekod tanpa kalah itu perkara lain, yang penting kami tidak mahu terus keciciran mata, apatah lagi kita perlu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri malam ini dan mengembalikan keyakinan para penyokong kepada kami,” katanya, semalam.
Hodak bagaimana pun secara diplomasi tetap bersikap merendah diri sambil membayangkan saingan sengit pasti hadir daripada skuad bimbingan jurulatih Portugal, Divaldo Alves itu.
Dalam perkembangan sama, Hodak mengakui faktor ketumpulan jentera serangan, selain beberapa tonggak utama mengalami kecederaan cukup memeningkan kepala beliau sekali gus merencatkan perancangannya menyusun strategi bagi perlawanan malam ini dengan mencuba taktikal yang terbaharu.

“Jika
prestasi semasa jadi ukuran, sepatutnya kita tidak berdepan masalah
menewaskan mereka. Tapi ini bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku,”
katanya.
Mengenai tahap kecederaan dua tonggak utama, Keita Mandjou dan Mohd Norfarhan Muhammad, Hodak berkata, kedua-dua mereka sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan dua hari lalu dan kita yakin 3 mata akan berjaya dituai pada perlawanan malam ini.

No comments:
Post a Comment