Nuffnang Ads

Tuesday, January 29, 2013

Kami janji akan bangkit, tidak mahu peminat The Red Warrior's gusar : Piya16



 

“Apapun, saya faham perasaan peminat Kelantan. Kami janji akan bangkit untuk perlawanan seterusnya cuma apa yang saya harapkan penyokong terus memberi sokongan padu” .


Tambah Piya, "kami kini giat menjalani latihan sepanjang tiga minggu ini terutama bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul dan tidak membunuh."


"Jurulatih kami, Bojan Hodak sendiri tengah berusaha untuk memastikan jentera serangan dapat menemui penyudah yang lebih tajam agar keyakinan para penyokong terhadap pasukan akan kembali."


Dalam pada itu, ketika ditanya adakah Kelantan akan kembali bangkit pada perlawanan akan datang, Piya dengan yakin berkata: "Ya, kami akan bangkit dan mencipta kemenangan.


"Tempoh rehat tiga minggu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengatur kembali strategi Kelantan dan kami juga akan mencuba pelbagai strategi sehingga ianya dapat membuahkan hasil yang memuaskan," katanya.

                                              


Berikutan aksi hambar juara treble 2012 dalam saingan Liga Super, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berharap semua penyokong The Red Warriors (TWR) tidak gusar dengan prestasi semasa pasukan itu yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul enam mata dalam lima perlawanan setakat ini.

Badhri yang turut dikenali sebagai Piya sebaliknya mahu penyokong gergasi Pantai Timur itu sentiasa menyokong mereka tidak kira dalam apa jua keadaan.


"Saya harap peminat tidak mudah cepat melatah dan mudah menyalahkan barisan pemaian, kejurulatihan dan pengurusan kerana saingan masih panjang. Piya berkata malam masih muda lagi.


"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.Sokonglah kami tanpa mengira sebarang keputusan, kami para pemain memerlukan sokongan anda sepanjang masa. Pasukan kami baru dibentuk kembali setelah berlaku rombakan yang agak besar pada awal musim ini.
                                                    

No comments:

Post a Comment