Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menegaskan dakwaan Peter Butler yang menyatakan dia menghina mendiang ibunya sebagai hanya ‘permainan’ pengendali T-Team itu untuk menarik perhatian media.
Sehubungan itu, Hodak menegaskan dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut jurulatih berbangsa Inggeris itu, sebaliknya mengalu-alukan Butler membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Ia hanya ‘perang mulut’ biasa dan perkara itu hanya ‘permainan’ Butler dengan pihak media. Malah, saya tidak peduli walaupun Butler mahu membuat aduan kepada FAM kerana antara saya dengan dia (Butler) tiada apa-apa yang berlaku,” katanya semalam.
Tiada masa layan
Hodak yang juga pengurus The Red Warriors menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk melayan Butler kerana fokusnya kini hanya memastikan skuad bimbingannya memungut tiga mata penuh ketika menentang pasukan bintang Johor Darul Takzim, malam ini.

“Persediaan rapi sudah dibuat untuk menghadapi perlawanan malam esok (malam ini). Ini adalah pertembungan yang sengit dan saya yakin stadium bakal dipenuhi puluhan ribu penyokong TRW dan itu adalah kekuatan kami.
"Kami mempunyai rekod baik di laman sendiri dan saya yakin rekod tanpa kalah itu mampu dikekalkan walaupun berdepan Johor Darul Takzim yang dianggap pencabar utama Kelantan musim ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment