Nuffnang Ads

Wednesday, January 23, 2013

SPRM sahkan pegawainya ada membuat penyiasatan di SSMIV

Suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia mengesahkan individu yang dikaitkan di Kota Bharu adalah pegawai mereka.

 

Individu yang menyiasat pengadil ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 15 Januari lalu adalah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Pegawai kami, hadir menyaksikan perlawanan, tetapi kerana mutu pengadilan menimbulkan syak, mereka pergi mengambil keterangan pengadil terbabit. - Sumber SPRM

Pegawai terbabit pada mulanya hadir pada malam itu untuk menyaksikan perlawanan, tetapi bertindak menjalankan siasatan selepas meragui corak pengadilan pada aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1.

Sumber SPRM berkata, siasatan dilakukan pegawai terbabit mengikut prosedur biasa jika mendapati wujud perkara yang meragukan ketika perlawanan walaupun ketika itu dia tidak bertugas.



No comments:

Post a Comment