Perubahan ketara juara treble musim lalu, The Red Warriors daripada
sebuah pasukan yang mudah membaham lawan kepada pakar seri semakin
merisaukan penyokong mereka dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) sendiri, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menyifatkan pasukannya kini masih lagi dibuai kejayaan lalu
atau pun sindrom selepas menang menyebabkan aksi pasukan menjadi
hambar meskipun di laman keramat mereka Stadium Sultan Muhammad IV.
Jika musim lalu Kelantan mudah membolosi gawang namun kali ini
meskipun enam perlawanan telah dilalui tetapi hanya tiga jaringan yang
berjaya diperolehi. Pada masa sama The Red Warriors ketinggalan enam
mata dengan pendahulu Liga Super, Pahang.
Ramai komentar yang cuba mengambil kesempatan dengan melemparkan
tuduhan yang berbagai-bagai. Pada saya ini merupakan Post Victory
Syndrome (sindrom selepas menang) dengan sikap pemain, keserasian
pasukan serta rasa terlalu selesa dan banyak lagi.
Ramai juga yang sudah mula bergembira dengan prestasi lemah kita
dan sudah lama sesetengah pihak menunggu, tapi bagi saya ini hanya satu
lagi cabaran.
Tidak ada yang mudah. Kedah dulu treble sekarang jatuh ke liga
bawah, Negeri Sembilan dulu juara kini tercorot, Terengganu dulu juara
kini ke bawah, semua berdepan sindrom sesudah menang.
Kita akan ambil ini sebagai cabaran, saya akan berbuat sesuatu
dalam tempoh terdekat ini. Saya tahu tidak mudah, sebab itu kita mahu
sahut cabaran, kalau mudah sudah tentu semua orang boleh buat," katanya
melalui laman sosial Facebook miliknya ketika mengulas perlawanan
menentang Negeri Sembilan kelmarin.
Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan dan lebih
mengecewakan kira-kira 5,000 yang hadir adalah The Red Warriors gagal
menjelmakan biar satu pun peluang menjaringkan gol.
Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak juga terpaksa melakukan
rombakan dalam kesebelasan utamanya selepas kehilangan khidmat dua
penggempur mereka, Keita Mandjou yang mengalami kecederaan selain
Norfarhan Muhammad juga yang belum cergas sepenuhnya untuk bermain 90
minit perlawanan.
Sementara itu, Hodak terus mengulangi alasan kehilangan empat
tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Ghaddar, Nurul Azwan
Roya dan S.Chanturu yang menguatkan barisan kesebelasan musim lalu
sebagi punca aksi hambar dipamerkan.
Menentang sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan bukan mudah,
mereka meletakkan sembilan pemain di belakang dan memerlukan kita
bermain lebih.
Kita tidak mempunyai pemain sayap yang berkesan seperti tahun lalu.
Kita ada pemain muda, Izuan (Solahuddin) masuk dan dia buat
kelainan dan perlawanan nampak menarik tapi dia tidak bersedia selain
Faiz (Subri) juga kembali pulih, saya harap dia boleh menampilkan
kelainan pada perlawanan akan datang. Khairul Izuan bermain dengan baik
tetapi masalah dia mentah, dia belum ada tahap keyakinan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment