Nuffnang Ads

Monday, October 8, 2012

Hodak belum puas


KETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak masih belum puas dan mahu anak buahnya membenam Selangor di Shah Alam pada aksi penentuan Piala Malaysia, Jumaat ini.

Dalam pertempuran pertama di Kota Bharu malam kelmarin, Hodak bangga dengan kebangkitan anak buahnya untuk membawa bekalan satu gol pada perlawanan timbal balik itu.


Katanya, pemain mempamer aksi cemerlang dan berharap pasukan konsisten untuk menamatkan cabaran skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim di gelanggang mereka sendiri.


“Saya kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan pemain malah mereka membuktikan Red Warriors adalah pasukan terbaik di negara ini.




“Begitupun, kemenangan itu belum cukup selesa kerana masih ada baki 90 minit nanti.



“Saya mahu kemenangan ini menyuntik semangat pasukan untuk tidak gentar turun ke gelanggang lawan kelak,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, mengingatkan pemain supaya tidak terus selesa kerana semangat Misi 33 Selangor masih membara, tambah pula beraksi di laman mereka.


Tegasnya, bekalan gol belum cukup untuk berasa selesa malah pemain harus fokus andai mahu mencatat kejuaraan trebel musim ini.


“Syukur kerana kita berjaya bangkit, namun pemain tidak boleh terus selesa dengan kemenangan yang diperoleh kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit kedua,” katanya.

Gambar : Kelantan FA

No comments:

Post a Comment