Bagaimanapun, Nurul Azwan dan Daudsu menegaskan mereka masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah atau kekal bersama The Red Warriors.
Nurul Azwan berkata, dia menerima tawaran
PBNJ sebelum final Piala Malaysia Sabtu lalu selepas mereka menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Namun, pemain sayap kiri itu berkata, masih terlalu awal untuknya membuat keputusan dan akur perasaannya berbelah bagi sama ada menerima atau menolak tawaran itu.
“Saya mahu rehat dulu sebelum membuat keputusan muktamad. Lagi pun, saya baru bantu Kelantan melengkapkan pencapaian trebel dengan menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu,” katanya dihubungi semalam.
Daudsu, 27, juga berkata dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan kerana ingin berehat bersama keluarga selepas diberi cuti sebulan oleh KAFA.
“Saya sukar membuat keputusan buat masa ini tapi masih mempertimbangkan tawaran PBNJ. Saya harap dapat membuat keputusan terbaik dalam masa cuti sebulan ini,” katanya.
Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya belum menerima permohonan rasmi PBNJ untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha.
BH Sukan kelmarin melaporkan Johor menyediakan dana RM5 juta membentuk pasukan mantap dengan memancing beberapa pemain bertaraf bintang termasuk Mat Yo, Nurul Azwan dan Daudsu bagi memperkuatkan cabaran mereka musim depan.
No comments:
Post a Comment