Nuffnang Ads

Monday, October 8, 2012

Tidak dibolosi jadi kelebihan The Red Warriors di SA : Azman


Kemenangan 1-0 Kelantan ke atas Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin mencerahkan peluang pasukan itu untuk melangkah ke pentas akhir musim ini.

Bagaimanapun, pengurus Red Warriors Azman Ibrahim enggan mendabik dada dengan keputusan tersebut sebaliknya mahu pemainnya memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan kedua di Shah Alam nanti.

“Keputusan ini belum selamat buat kami kerana perlawanan masih berbaki 90 minit untuk diharungi. 

Bagaimanapun saya gembira kerana kita tidak melepaskan gol dalam perlawanan ini.


AKSI penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) ketika melepasi halangan pemain pertahanan Selangor pada saingan separuh akhir pertama di Kota Bharu kelmarin.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan mara ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini," katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Red Warriors yang beraksi di hadapan 25,000 penyokong setia mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-62 untuk memperolehi jaringan tunggal menerusi Nor Farhan Mohamad.

Ketika ditanya mengenai ketua pasukan Mohd. Badhri Radzi yang tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut, Azman memberitahu pemain tersebut terpaksa diketepikan akibat sakit mata.

“Insya-Allah Mohd. Badhri Radzi akan kembali beraksi dalam perlawanan kedua di Shah Alam nanti. Kehadiran beliau dijangka akan memantapkan lagi pasukan," katanya.

Sementara itu, Nor Farhan memberitahu, jaringannya menjadi pembakar semangat buat pasukannya menjelang perlawanan kedua nanti.

“Bekalan satu gol menjadi pembakar semangat untuk dibawa ke Shah Alam. Kami akan memberikan yang terbaik untuk memastikan laluan ke perlawanan akhir terjamin.

“Gol yang saya jaringkan ini adalah hasil kerjasama rakan sepasukan yang banyak memberikan sokongan. Kejayaan ini menguatkan lagi semangat saya untuk menjulang Kelantan menjadi juara musim ini," katanya.

Sumber : Kosmo

THE RED WARRIOR'S KEMBALI LAGI KE STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.


No comments:

Post a Comment