Nuffnang Ads

Thursday, February 2, 2012

Djibril Cisse, ke Queens Park Rangers


Djibril Aruun Cisse
Djibril Aruun Cisse
PENGARAH teknikal Lazio, Igli Tare, kecewa dengan pemergian penyerangnya, Djibril Cisse, ke Queens Park Rangers.
Cisse meninggalkan Stadio Olimpico Rome untuk me�nyertai pasukan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh dua setengah tahun dengan bayaran 5 juta euro (RM19.9 juta).

See full size imagePenyerang itu menyertai Lazio pada musim perpindahan lalu daripada Panathinaikos, tetapi gagal menyesuaikan dirinya di Rome. Pemain berusia 30 tahun itu hanya menjaringkan lima gol daripada 25 penampilan dalam semua kejohanan yang disertai di kelab itu.

Tare mengakui beliau kecewa kerana Cisse meninggalkan kelab itu kerana dia adalah seorang pemain yang bagus dan mempunyai semangat sepasukan sejati.

Beliau mendedahkan penyerang itu berdepan masalah untuk menangani corak permainan teknikal dalam Serie A sejak menyertai kelab itu.

Bekas pemain Lazio itu turut mendedahkan Cisse begitu teruja dengan tawaran daripada QPR dan mahu menyertai mereka memandangkan corak permainan bola sepak Inggeris lebih menepati gaya permainannya.
See full size image
Pengarah berusia 38 tahun itu percaya meskipun pemain itu bergelut untuk memburu gol di Lazio, pemain Perancis itu banyak menyumbang di padang dan membantu lapan jaringan sepanjang enam bulan menyertai kelab itu.

Tare mendedahkan bahawa keputusan untuk menjual Cisse dibuat dalam usaha untuk mendapatkan Keisuke Honda dari CSKA, tetapi malangnya cubaan mendapatkan pemain Jepun itu gagal.

Ketika bercakap kepada media, Tare berkata: “Tiada apa-apa di sebaliknya.
Tawaran dibuat untuk Honda dan Nilmar melebihi jumlah yang diterima hasil penjualan Cisse. Saya kecewa dengan Cisse.

“Kami berbincang pada permulaan musim dan bercakap mengenai kesukaran dalam bola sepak Itali. Satu daripada sebabnya dia mahu pergi adalah kerana dia mahu mendapatkan ruang di tempat lain yang tidak ditemui di Itali.

“Bagaimanapun, dia membuktikan dirinya sebagai pemain hebat kerana biarpun tidak menjaringkan gol, dia membantu lapan jaringan lain. Ia satu keputusan yang disokong semua pihak tetapi dia sendiri meminta untuk meninggalkan kelab ini.”

Lebih malang lagi kelab Biancocelesti gagal mendapatkan Honda dan Nilmar pada hari terakhir perpindahan pemain.


PROFIL CISSE:

NAMA PENUH: Djibril Aruun Cisse                                                   
TARIKH LAHIR: 12 Ogos 1981 (30 tahun)
ASAL: Arles, Perancis
TINGGI: 1.83 m
POSISI: Penyerang 


KELAB TERDAHULU CISSE:

  • Queens Park Rangers (2012)
  • Lazio (2011-2012)
  • Panathinaikos (2009-2011)
  • Sunderland (pinjaman) (2008-2009)
  • Marseille (2006-2009)
  • Liverpool (2004-2006)
  • Auxerre (1998-2004)                                                                                                                SUMBER : METRO
  • No comments:

    Post a Comment