Nuffnang Ads

Thursday, February 2, 2012

Ghaddar & Antwi Hanya Untuk Saingan AFC 2012


The Red Warrior's yang masih lagi terkejut dengan kekalahan besar 5-0 kepada pasukan kebangsaan negara pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, Lantas Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA),menerusi presiden nya iaitu Tan Sri Annuar Musa membuat satu pengumuman melalui laman sosial Facebook beliau iaitu Kelantan akan menggunakan khidmat Obinna Nwaneri dan Awudu Okucha untuk mengharungi saingan Liga Super 2012.

Berita pengumuman itu dibuat oleh Presiden KAFA sejurus beliau menyaksikan persembahan Denny Antwi dan Mohamad Ghaddar yang beraksi hambar. Menurut kenyataan Tan Sri Annuar Musa lagi, dua pemain tersebut, Antwi dan Ghaddar  akan diserapkan ke dalam skuad Piala AFC dan hanya akan bermain untuk Kelantan bagi saingan Piala AFC 2012.
Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa Saingan Liga Malaysia adalah sangat penting bagi pasukan dan pihak  pengurusan KAFA telah mengambil satu keputusan yang drastik dengan mendaftarkan pemain import terbaru Kelantan baru menandatangani kontrak iaitu Obinna dan Okucha bagi menghadapi saingan Liga Super 2012 sekurang-kurangnya sehingga jendela perpindahan pada April nanti.

No comments:

Post a Comment