Nuffnang Ads

Wednesday, February 1, 2012

Kelantan bukan lawan mudah - Rajagobal


Jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal mahu skuad kendaliannya tidak memandang rendah keupayaan Kelantan dalam perlawanan persahabatan, dengan peluang terbaik menguji pemain muda.
Kemampuan Kelantan yang sedang menghuni tangga teratas Liga Super musim 2012, menandakan pasukan itu tidak boleh dipandang rendah meskipun sekadar perlawanan persahabatan.
Apatah lagi kelantan bakal memperkuatkan dengan pemain import mereka yang semakin menemui rentak selepas selepas permulaan hambar.
Hal itu diakui Rajagobal yang selalu memantau perkembangan bola sepak negara, namun percaya pemainnya mampu mempamerkan kebolehan mereka selaku pasukan kebangsaan.
"Yang penting bagi saya adalah untuk memberi ruang kepada pemain kebangsaan mempameran aksi mereka. Kita tahu, Kelantan adalah pasukan yang baik, jadi ini adalah peluang terbaik untuk pemain muda.
"Kita akan meletakkan pemain baru dan cuba mengenalpasti posisi mana yang patut diberikan,"katanya.
Skuad kebangsaan akan turun menentang Kelantan pada Rabu ini di Stadium Bukit Jalil.



sumber : arena.my

No comments:

Post a Comment