Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

Abe Jib tuntut kebangkitan Harimau Malaya


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut skuad Harimau Malaya segera bangkit selepas tunduk 0-3 kepada Singapura pada aksi pembukaan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.


Meskipun tewas, peminat bola sepak nombor satu negara itu masih optimis, skuad Datuk K Rajagobal mampu melepasi saingan Kumpulan B.

“Walaupun keputusan perlawanan pertama tidak memihak pasukan negara, kita mahu skuad Harimau Malaya segera bangkit dan mencari kemenangan pertama pada aksi seterusnya,” katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya, semalam.

Esok juara bertahan Piala AFF Suzuki ini dijadual bertemu Laos juga di stadium sama.

Laos sebelum ini mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Indonesia walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Najib Tun Razak - Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment