Nuffnang Ads

Thursday, November 22, 2012

Kelantan tetap 'OK' tanpa kelibat Mat Yo - Apex


Kehilangan penyerang  Norshahrul Idlan Talaha daripada skuad Kelantan bagi aksi Liga Malaysia musim depan, satu kehilangan besar buat juara treble 2012 itu.



Kehilangan yang turut dirasai rakan sepasukan, juga penjaga gol utama The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat.

Menurut Apex, barisan kejurulatihan dan pengurusan ada strategi tersendiri bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan penyerang berkenaan.

“Walaupun Mat Yo tidak bersama kami lagi musim depan, saya masih berharap Kelantan tetap menjadi saingan hebat kepada pasukan lain.



“Ketiadaan beliau juga tidak bererti pintu rezeki untuk mempertahankan trofi kejuaraan tertutup kerana saya yakin peluang itu tetap ada,” katanya selepas sidang media mengumumkan perkahwinan beliau, semalam.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Kelantan mengumumkan senarai barisan pemain  bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.


Namun, daripada kesemua nama yang diumumkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, nama Mat Yo tiada dalam senarai.

No comments:

Post a Comment