Nuffnang Ads

Friday, November 2, 2012

Kafa mengalu-ngalukan kehadiran Khyril




Tiada tawaran atau perbincangan rasmi dibuat terhadap penyerang Kedah Mohd Khyril Muhymeen Zambri, namun Kelantan mengalu-alukan kehadiran tonggak Kenari itu ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata, perbincangan dengan pemain itu hanya berlaku secara lisan dan tidak serius.

“Kita mengalu-alukan kedatangan Mohd Khyril, tetapi kita hanya mampu membayar mengikut kemampuan kita dan bukan seperti pasukan lain yang meletakkan harga tinggi untuk mendapatkan pemain.

“Namun, kita difahamkan bahawa beliau sudah pun menandatangi perjanjian persefahaman dengan Kedah.

“Jadi, sekiranya beliau tidak terikat kontrak dengan mana-mana pasukan, kita sedia menerima beliau,” katanya.

Azman bagaimanapun menafikan khabar angin terhadap pemburuan seorang lagi pemain tengah Kedah yang juga kapten pasukan itu, Baddrol Bakhtiar.

“Kami di Kafa tidak pernah membincangkan perkara itu,” katanya turut menafikan kehadiran pegawai Kafa di Kedah memantau perkembangan pemain mereka.

No comments:

Post a Comment