Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

Apex Nikah Leuniey 28 Disember



Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. 

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

No comments:

Post a Comment