Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

Ghaddar sertai Nogori Sembilan musim depan?



Belum pun tamat kisah Mat Yo dan penghijrahannya ke Johor, penyerang import tersohor Kelantan, Mohamed Ghaddar pula dikaitkan bakal berhijrah dengan pasukan yang pernah bergelar juara Piala Malaysia.
Menurut sumber, penyerang Lubnan itu dikatakan bakal menyertai skuad Hoben Jang Hoben pada musim depan.
Berdasarkan laporan sebelum ini, Ghaddar pernah dipancing beberapa pasukan termasuk pasukan dari negara Arab dan Asean yang lain.

Mohamed Ghaddar


Ghaddar dikatakan ada memohon agar gajinya dinaikkan dan difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan masih berbincang mengenai perkara tersebut.

Apa yang pasti persiapan Kelantan menjelang musim depan dan kempen Piala AFC pasti sedikit terencat sekiranya pemain ini turut angkat kaki meninggalkan juara treble 2012 ini.

No comments:

Post a Comment