Nuffnang Ads

Thursday, November 22, 2012

PBNS nafi 'ikat' Ghaddar


“Usah dengar khabar angin."  tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menafikan isu perpindahan pemain import Lubnan, Mohammed Ghaddar ke pasukan Hobin Jang Hobin.



Katanya, beliau sendiri tidak tahu dari mana berita itu tersebar. Sedangkan PBNS sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Seperti kita maklumkan sebelum ini, kita masih lagi mencari pemain import berkualiti dari benua Afrika dan Amerika Selatan, khususnya negara Argentina.

"Tidak pernah pula kita sebut ingin mencari pemain dari benua Asia," katanya kepada Sinar Harian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, dekat sini, semalam.

Menurut Mohamad yang juga Menteri Besar NegerI Sembilan, biarlah pencarian itu mengambil masa asalkan berbaloi dari segi harga dan mutu dipersembahkan pemain tersebut.  

Mohammad Ghaddar

No comments:

Post a Comment