Nuffnang Ads

Friday, October 12, 2012

Analisis pertemuan Kelantan vs Selangor | Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012



RATING: PENJAGA GOL

SELANGOR (7/10), KELANTAN ( 9/10)

Pengalaman bermain pada peringkat antarabangsa dan domestik menjadikan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi jauh lebih berpengalaman berbanding penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. Ditambah dengan kualiti kepimpinan apabila mampu memberi arahan lebih jelas kepada jentera pertahanan pasukan, manakala Norazlan pula perlu memperbaiki komunikasi dengan bahagian pertahanan yang dilihat agak kurang efektif pada separuh akhir pertama sebelum ini.

Kesilapan mudah seperti dilakukan dalam perlawanan sebelum ini perlu dihindari bagi mengelakkan Selangor berputih mata lebih awal.


RATING: PERTAHANAN

SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10)

Benteng pertahanan kelebihan masih berpihak kepada The Red Warriors, keserasian antara Nwaneri, Subramaniam, Nik Shahrul dan Daudsu menjadikan kubu pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang lebih kental mengekang asakan jentera lawan.

Selangor pula ketiadaan, Nasriq Baharom bakal memberi tamparan hebat kepada bahagian ini, namun kemampuan Ramez Dayoub membentuk kesefahaman dengan Razman Roslan dan P Gunalan nyata boleh memberi kesan besar kepada penyudah Kelantan ditambah kehadiran Asraruddin Putra Omar.



RATING: TENGAH

SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10)

Kelebihan masih berpihak kepada Kelantan andainya Hodak mahu menggunakan formasi 4-5-1 Shakir, Baddri, Norfarhan, Nurul Azwan Roya itu sudah cukup memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan dalam usaha memburu gol penyamaan.

Manakala, jentera tengah Selangor dikemudi Ketua Pasukan, Shafiq Rahim perlu lebih sokongan bahagian kiri dan kanan baik Amirul Hadi, K Solehin serta pemain pinjaman dari Universiti Sains Malaysia (USM), S Venood untuk merobek gawang lawan.



RATING: SERANGAN

SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10)

Jentera penyudah Kelantan andai dikemudi Ghaddar juga tidak kurang sengatnya ditambah dengan prestasi cemerlang Ghaddar yang mampu beraksi di bawah tekanan tinggi seperti dipamerkan ketika membantu Kelantan menewaskan Felda United pada suku akhir kedua sebelum ini. Namun, Norshahrul Idlan masih sandaran memburu gol. Gandingan Amri Yahyah dan Balaban semasa separuh akhir pertama perlu lebih sengat.

Rozaimi Abdul Rahman mampu mengatasi masalah kurangan sengatan penyudah, pada masa sama Amri diletakkan di bahagian tengah membantu Shafiq.

No comments:

Post a Comment