Nuffnang Ads

Tuesday, October 23, 2012

Saya ada terima tawaran pasukan Liga Super lain bagi musim hadapan : Afiq


Mohd Afiq Azmi



“ADA terima tawaran, tapi belum buat keputusan lagi,” demikian reaksi penyerang skuad Warga Kota, Mohd Afiq Azmi yang beraksi di pentas Piala Malaysia secara pinjaman bersama Kelantan.

Bagaimanapun, Afiq enggan mendedahkan pasukan mana yang mahu memancingnya kerana masanya belum sesuai untuk membuat pengumu man tersebut.

Afiq menjelaskan, peluang beraksi di pentas akhir buat kali pertama kelmarin sememangnya sesuatu kenangan paling manis dalam kerjayanya apatah lagi bergelar juara Piala Malaysia.

“Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, namun saya bangga dapat beraksi sebaris dengan pemain berpengalaman Kelantan yang banyak memberikan tunjuk ajar dan sokongan untuk mempertingkatkan tahap  permainan.



“Memang fokus saya apabila diturunkan adalah membantu pasukan menang dan tidak kisah siapa yang menjaringkan gol tetapi keutamaan saya adalah kemenangan Kelantan,” katanya.

Afiq yang sebelum ini bersama Kuala Lumpur dipinjamkan untuk aksi bersama Kelantan dan merupakan penjaring kedua terbanyak dalam Piala Malaysia dengan empat gol di belakang Norfarhan Mohamad yang berkelebihan satu gol.

No comments:

Post a Comment