Nuffnang Ads

Tuesday, October 9, 2012

'Naluri pemusnah Norfarhan@Ben10'


Norfarhan anggap aksi 90 minit separuh akhir kedua  bermula dengan kedudukan 0-0.Norfarhan anggap aksi 90 minit separuh akhir kedua bermula dengan kedudukan 0-0.
Jaringan awal Jumaat ini penentu tiket ke final

Penjaring gol kemenangan Kelantan, Norfarhan Mohammad berjanji akan cuba merobek sekali lagi gawang Selangor bagi membantu The Red Warriors mendapat jaringan awal dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Jumaat ini. 

Pemain sayap berusia 28 tahun itu menegaskan jaringan awal dalam perlawanan itu amat penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan sekali gus memberi tekanan berganda kepada barisan Red Giants. 


“Saya percaya jika kami dapat jaringan awal, ia akan membuatkan Selangor tambah tertekan. Jadi, kami akan buru jaringan awal dalam perlawanan itu dan saya berharap dapat menjaringkan gol lagi,” kata pemain kelahiran Terengganu itu. 

Jaringan Norfarhan pada minit ke-61 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan dalam perlawanan suku akhir pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu. 

Kedudukan masih 0-0 

Norfarhan juga mengingatkan rakan sepasukan melupakan segera kemenangan tipis 1-0 itu, sebaliknya menganggap aksi 90 minit separuh akhir kedua baru bermula dengan kedudukan kedua-dua pasukan terikat 0-0. 

Norfarhan berkata, dia tidak mahu rakan sepasukan selesa dengan kedudukan itu hingga mengakibatkan mereka leka sekali gus dihukum Red Giants.
 
“Saya harap rakan sepasukan yang lain dapat bermain dengan penuh semangat seperti diperagakan dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu bagi memastikan The Red Warriors layak ke final tahun ini. 

“Walaupun bekalan satu gol bukan jaminan selesa namun sedikit sebanyak saya akui ia mampu menjadi penyuntik semangat buat kami beraksi dengan lebih yakin sekali gus memburu tempat ke pentas akhir. 

"Biarpun sedar Selangor mempunyai kelebihan bermain di depan penyokong sendiri, namun saya yakin dengan semangat yang ada kami mampu membenam lawan di Shah Alam nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment