Nuffnang Ads

Thursday, October 18, 2012

Bintang The Red Warrirors kekal musim 2013: Rosmadi

pix_gal0

Semua pemain 'bintang' Kelantan tidak akan ke mana-mana kerana mereka sudah diikat rapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sehingga musim depan. 


Ini disahkan Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail sekali gus menafikan khabar angin bahawa beberapa pemain ternama skuad itu seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha akan meninggalkan Red Warriors untuk menyertai Johor. 

"Norshahrul masih ada kontrak dan hanya berakhir hujung musim depan manakala Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad yang dikaitkan dengan pasukan jiran, masih mempunyai baki kontrak lebih setahun,“ katanya ketika dihubungi semalam.

Rosmadi berkata cuma Nurul Azwan Roya yang akan meninggalkan The Red Warriors (TRW) kerana kontraknya tamat akhir musim ini.

"Bagaimanapun, kami masih berbincang dengannya walaupun dia dikatakan sudah bersetuju menerima tawaran Johor musim depan,“ katanya. 

Rosmadi bagaimanapun, tidak menafikan ada beberapa pemain yang akan digugurkan oleh pihak pengurusan, tetapi belum dapat menamakan pemain yang tidak akan bersama TRW musim depan.

“Buat masa ini, semua pemain sedang fokus kepada final Piala Malaysia dan kami tidak mahu konsentrasi mereka terganggu dengan perbincangan mengenai kontrak mereka,” kata Rosmadi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak percaya TRW akan kekal gagah musim depan kerana tidak ada pemain yang mahu meninggalkan pasukan itu.

“Mungkin satu atau dua pemain akan keluar daripada pasukan, namun saya yakin ramai pemain akan terus berkhidmat di sini terutama selepas Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia Sabtu ini.




“Setakat yang saya tahu, ramai pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan dan mereka yang akan tamat kontrak sudah menandatangani kontrak baru,” katanya.

Jurulatih berbangsa Croatia berusia 41 tahun itu juga sedang berunding terma kontrak barunya untuk musim depan dan berharap dapat terus berkhidmat dengan pasukan Kelantan.

No comments:

Post a Comment