
Nwakaeme pemain kelahiran Nigeria yang tiba di Kota Bharu kurang 24 jam sebelum pertemuan dengan juara Liga Premier Indonesia (IPL) yang berkesudahan seri 1-1 pada Sabtu lalu mempamerkan aksi bertenaga meski pun diturunkan hanya 30 minit dalam babak kedua.
“Perlawanan pertama yang menakjubkan bagi saya. Saya banyak menerima komen berbentuk pujian dalam laman sosial dan ia memberikan motivasi terbaik sebelum beraksi menentang Felda United FC petang esok.

Nwakaeme yang pernah beraksi dengan Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vietnam tahun lalu berkata, Kelantan merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai misi yang tinggi untuk mara lebih jauh pada penampilan kedua dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim ini.
Aksi pemain berusia 27 dari Lagos itu nyata memukau penyokong The Red Warriors, sekali gus menjadi calon import pilihan yang disebut-sebut menggantikan Keita Mandjou apabila jendela pendaftaran kedua pemain dibuka awal April nanti.
Nada sama turut diluahkan Salim, pemain yang berasal dari Perancis yang mahu bermain dalam tempoh 90 minit penuh apabila pasukan juara tiga piala musim lalu itu bertemu kelab yang terkenal dengan jolokan The Settlers, petang esok.
“Perlawanan dengan Semen Padang FC tempoh hari merupakan aksi pertama saya di sini. Jika baru-baru ini saya hanya diturunkan selama 45 minit, kali ini saya cukup bersedia bermain selama 90 minit.
“Saya berjanji pamerkan aksi terbaik buat penyokong Kelantan. Tiada masalah dan saya mudah menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan setelah beberapa hari berada di sini. Saya sudah bersedia 100 peratus untuk diturunkan pada perlawanan petang esok (hari ini),” katanya.
No comments:
Post a Comment