Nuffnang Ads

Friday, February 15, 2013

Doe mampu hampakan Kelantan : Bojan

Pengendali Kelantan, Bojan Hodak tetap berwaspada dengan ancaman Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini, biarpun memiliki rekod cemerlang ke atas pasukan berkenaan pada musim lalu.


Hodak mengakui berdepan Selangor bukanlah tugas yang mudah buat barisan pemainnya, ditambah pula beraksi di tempat lawan.

Menurutnya, Selangor merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain yang hebat seperti Francis Forkey Doe serta dua pemain sayap lincah iaitu Solihin Kandasian dan. S. Kunalan.

"Forkey Doe merupakan pemain yang boleh mengecewakan Kelantan jika diberikan peluang.

"Mungkin saya akan meletakkan Obinna Nwaneri untuk mengawal kelincahan pemain tersebut. Begitu juga dengan Solihin dan Kunalan, bagaimanapun ketiadaan Gurusamy yang masih cedera memberikan kelebihan buat Kelantan terutama di bahagian tengah".

Hodak memberitahu, dia sama sekali tidak akan mengambil mudah perlawanan hari ini dan menjangkakan tentangan sengit daripada pasukan lawan.


Katanya, barisan pemain Kelantan kini telah bersiap sedia dan berada pada tahap terbaik menjelang pertemuan tersebut bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

"Kita tahu mungkin memadai satu mata di gelanggang lawan, namun kami tetap mahu lebih daripada itu. Saya percaya pemain yang diturunkan mampu merealisasikan impian untuk mendapatkan tiga mata di Shah Alam.

"Ini merupakan perlawanan yang sengit buat Kelantan selepas berehat selama tiga minggu. Kita mempunyai rekod yang baik ke atas mereka pada musim lalu dan berharap Kelantan dapat meneruskan momentum tersebut," ujarnya.

Tambah Hodak, perlawanan tersebut merupakan kesempatan terbaik buatnya untuk menguji kemampuan sebenar barisan pemain untuk musim ini selepas berehat selama tiga minggu.

 
"Jentera serangan kita bertambah baik. Kita ada Indra Putra yang boleh beraksi di posisi itu, begitu juga dengan Haris Safwan beraksi cemerlang ketika sesi latihan.

"Selain itu, kita ada Mohd. Faiz Subri, dia mungkin akan diturunkan pada babak kedua kerana masih belum bersedia untuk aksi 90 minit. Saya akan putuskan siapa yang akan mengetuai jentera serangan pada sesi latihan terakhir," ujarnya.

No comments:

Post a Comment