Nuffnang Ads

Tuesday, February 26, 2013

ADABI penaja tunggal Kelantan FA bagi saingan AFC 2013


Pasukan Kelantan FA pada hari ini mendapat suntikan tambahan terbaru sebelum bermula saingan di Piala AFC apabila syarikat rempah ratus tersohor tanah air, ADABI muncul untuk menaja mereka bagi saingan Piala AFC 2013. Syarikat  ADABI juga merupakan penaja tunggal bagi pasukan yang bergelar dengan jolokan The Red Warriors itu untuk Piala AFC 2013.Berita tentang penajaan terbaru ini d'umumkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui lawang sesawang rasmi beliau petang tadi.

Facebook Annuar Musa
Gambar : RedsFCNews

Kehadiran Fakri !!! Pemain mana perlu keluar?

Kehadiran penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bersama Kelantan sudah pasti menambahkan sengat dibahagian jentera serangan.

Walaupun ketajaman gerakan penyudah pemain import, Keita Mandjou sebelum ini dikritik hebat, namun kejayaan menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir menutup segala diperkatakan.

Kini timbul pelbagai persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya The Red Warriors.

Bukankah dia sedang beraksi bersama Kelab Athletico di Portugal dan persoalan utama siapa pula pemain sedia ada bakal digugurkan menjelang pendaftaran pemain baru yang dibuka, April nanti.

Berdasarkan peraturan semasa FAM, setiap pasukan hanya boleh daftar 25 pemain termasuk dua import untuk Liga Malaysia. Jadi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu 'mengorbankan' pemain tempatan di posisi serangan.

Penyertaan Ahmad Fakri bersama Kelantan disahkan sendiri Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebooknya dan pemain yang berasal dari Kelantan ini akan mewakili TRW, April depan.

Namun, siapa pula bakal disingkirkan? Mungkinkah pemain baru, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal atau pun anak tempatan dari Piala Presiden, Mohd Aris Zaidi.

Melihat persembahan selepas beberapa perlawanan, kehadiran Haris Safwan masih belum beri impak selain pergerakannya belum serasi dengan corak permainan kendalian Bojan Hodak.


Bagi Aris Zaidi, kebolehannya belum diuji sepenuhnya memandangkan dia hanya turun pada baki 10 minit terakhir.

Namun kenyataan Annuar sebelum ini yang mahu anak tempatan diberi keutamaan, Aris mungkin terselamat, namun Hodak perlu bijak membuat percaturan bagi memastikan kemasukan Ahmad Fakri dan perubahan taktikal yang dirancang mampu meningkatkan semula prestasi Juara Treble 2012 itu.

Tamatkan 90 minit : Bojan

Penyandang juara, Kelantan mahu menamatkan aksi menentang PKNS FC dalam tempoh 90 minit apabila kedua-dua pasukan turun berentap pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Menyedari tentangan sengit bakal diberikan pasukan berstatus kelab itu, Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengarahkan barisan pemain memanfaatkan segala peluang dalam tempoh tersebut untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

 

“Saya mahu perlawanan berakhir dalam tempoh itu. Penentuan pemenang tak perlu berakhir dalam masa tambahan atau sepakan penalti. Kita bermain di tempat sendiri dan secara automatik kelebihan ada pada kita.

“Kita tiada pilihan selain perlu kalahkan mereka. Pemain tak boleh alpa, sebarang kesilapan hanya akan menunjukkan jalan keluar," katanya.

Menurutnya, ranjau berduri menanti anak buahnya kerana skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim sentiasa bekerja keras bagi menewaskan Kelantan setiap kali bertemu.


“Meletakkan sembilan pemain di barisan belakang sememangnya menyukarkan kita. Itulah percaturan PKNS FC. Kita pernah mengalaminya sehingga terpaksa menunggu jaringan saat akhir sebelum menewaskan mereka dalam aksi Liga Super bulan lalu,” katanya.

Hodak sekali lagi bakal mempertaruhkan rangkaian penyerang import, Keita Mandjou dan Mohd Norfarhan Muhammad.

Selain itu, Hodak berkemungkinan membariskan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid atau Azizi Matt Rose dibenteng pertahanan dan menggantikan Mohd Shakir dengan K Nanthakumar di posisi tengah.

Perubahan perlu dilakukan memandangkan Mohd Shakir Shaari dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim diketepikan akibat kecederaan.

Monday, February 25, 2013

Jadual Piala FA 2013 | Pusingan Kedua



Ronaldinho bertandang ke Kota Bharu

Patrick Ronaldinho Wleh tekad untuk mencalarkan maruah juara bertahan, pasukan Kelantan dalam misi hidup dan mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini.

Misi kalah mati peringkat kedua Piala FA di Kota Bharu Selasa ini menjadi pentas buat Patrick Ronaldinho Wleh untuk mencalarkan reputasi Kelantan sebagai juara bertahan.

Menurut penyerang kebangsaan Liberia itu, PKNS FC mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan Kelantan yang mendapat bye pusingan pertama.

 

Pada pertemuan pembukaan Liga Super 2013, PKNS FC tewas 2-1 menerusi jaringan minit-minit akhir sekali gus membakar semangat Patrick Ronaldinho dan rakan-rakan untuk memusnahkan harapan Kelantan di hadapan penyokong sendiri.

Malah Patrick Ronaldinho mendakwa dia dinafikan penalti di penghujung perlawanan.
“Kami mampu menang di sana (Kota Bharu).

“Sebelum ini kami pernah beraksi hebat menentang mereka,” katanya yang pernah membantu Sime Darby muncul kelab pertama yang mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tumpas kepada Kelantan.
Sumber : StadiumAstro.com

Friday, February 22, 2013

Kawalan ketat di Darulmakmur antara Pahang dan Kelantan : PDRM

Polis Pahang akan menempatkan anggota yang mencukupi ketika perlawanan antara skuad Tok Gajah dan Kelantan di Stadium Darulmakmur, malam esok. 

Langkah itu diambil bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 


Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Stadium Darulmakmur bagi memastikan semua aspek keselamatan ditetapkan dapat dipenuhi. 

“Oleh kerana perlawanan ini bakal menjadi tumpuan, kami sudah mengambil langkah perlu bagi memaksimumkan aspek keselamatan semua pihak. 

Jangan buat provokasi 

“Kami juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan kedua-dua pasukan untuk memudahkan sebarang penyaluran maklumat dan nasihat mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil,” katanya ketika diminta mengulas persiapan polis menjelang perlawanan Pahang-Kelantan di Stadium Darulmakmur, malam esok. 
 
 
Sementara itu, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh meminta penyokong kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak melakukan sebarang provokasi. 
 
“Saya harap bukan saja penyokong Pahang, malah penyokong Kelantan tidak melakukan insiden yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya.

Kafa : 'Tunggu surat FAM, baru komen' | Abe Wa

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung hukuman denda dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka.
 
 
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hukuman denda RM62,500 yang dijatuhkan oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu berhubung kesalahan dilakukan Kelantan.

“Saya cuma baca berita ini menerusi blog dan surat khabar. Oleh sebab perkara ini melibatkan peraturan dan sebagainya, saya rasa langkah yang betul kita lakukan ialah tunggu dan lihat sahaja.

“Kita kena tunggu surat rasmi FAM. Saya tak tahu apa-apa, kalau nak tahu kena tanya jawatankuasa (Jawatankuasa Tatatertib FAM) terbabit,” katanya, semalam.
 

Pendirian yang diambil oleh tokoh bola sepak Kelantan itu bertujuan untuk tidak mahu mengeruhkan keadaan dan hanya bersedia mengeluarkan kenyataan setelah mendapat surat rasmi daripada pihak FAM.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mendapati Kelantan bersalah di atas empat pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka walaupun pasukan tersebut menafikannya.
 
 
Pertuduhan tersebut dikenakan ke atas Kelantan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah itu ketika aksi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15

Thursday, February 21, 2013

‘Mandjou masih berbisa’ : Bojan

Jurulatih Bojan Hodak mengharapkan penyerang import, Keita Mandjou terus membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya selepas membantu Kelantan menewaskan Terengganu, 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Dua jaringan dihasilkan penyerang berusia 33 tahun dari Guinea itu membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan awal.

Hodak gembira pemain import pilihannya itu akhirnya mengakhiri kemarau jaringan.
Katanya, dua gol itu satu permulaan baik bagi Mandjou bagi meneruskan baki empat perlawanan pusingan pertama liga.
“Saya orang paling gembira apabila menyaksikan Keita menjaringkan dua gol dan terbukti dia membalas kepercayaan diberikan terhadapnya.

“Jika seorang penyerang itu sudah yakin, dia tidak akan berhenti menjaringkan gol dan jaringan malam ini (kelmarin) satu permulaan baik buatnya,” katanya.
Berikutan itu, Hodak yakin Mandjou akan bangkit seperti bekas penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar yang beraksi hambar pada permulaan tapi akhirnya menjadi pemusnah pihak lawan selepas menemui sentuhan sebenar.

Jurulatih berusia 41 tahun dari Crotia itu juga mengaku pemain tengah, Mohd Shakir Shaari dan kapten, Mohd Badhri Radzi atau Piya dibantu pemain veteran, Indraputra Mahayuddin begitu kreatif mencorak permainan.
“Mohd Shakir dan Piya gandingan pemain tengah terbaik negara ini, malah mereka berdua mencorak permainan dengan baik bagi mencipta peluang kepada rakan sepasukan. Pengalaman Indraputra juga banyak membantu kami.”

KAFA 'pilihan' FAM bagi sumber kewangan | KAFA didenda RM62,500 lagi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.

Atas dakwaan kerana gagal mengawal ciri-ciri keselamatan semasa perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman, mendapati KAFA bersalah untuk empat.
“Hukuman tersebut adalah paling minimum dan KAFA tidak dibenarkan membuat rayuan, namun Kelantan tidak mengaku salah (atas pertuduhan itu).
Menurut Ednan, berdasarkan bukti-bukti yang diterima badan induk itu, Kelantan didapati bersalah walaupun pasukan itu menafikannya.
Bagi pertuduhan pertama, Kafa didenda RM20,000 kerana kejadian balingan mercun dalam stadium dan didenda RM 2,500 lagi atas insiden penonton melontar objek ke dalam padang.

"Pertuduhan ketiga, Kelantan perlu membayar RM20,000 atas kesalahan penyokong mereka melontar objek kepada penyokong Johor," kata Ednan.

Tambah Ednan, "untuk pertuduhan terakhir, The Red Warriors didenda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan di dalam stadium."

"Sehubungan itu, Kelantan tidak dibenarkan membuat rayuan kerana hukuman yang diputuskan adalah minimum,” katanya  ketika sidang media Jawatankuasa Tatatertib Disiplin di Wisma FAM, hari ini.

Dalam pada itu, Ednan turut mengumumkan Kelantan mungkin bermain dalam stadium kosong pada perlawanan akan datang jika Kafa masih gagal mengawal tingkah laku penyokong mereka.

“Begitupun, kami memberikan peluang kepada KAFA dan pihak kami akan menghantar pegawai-pegawai untuk menilai tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV (bermula pada perlawanan menentang Perak pada 1 Mac depan).

“Sepatutnya Kelantan juga  dijatuhkan hukuman bermain tanpa penyokong, tapi pihak jawatankuasa memberi mereka peluang dan menangguh hukuman itu buat masa ini.

Malah, KAFA turut diberi amaran terakhir bahawa mereka pasukan Kelantan mungkin terpaksa bermain dalam suasana stadium yang kosong di Kota Bharu jika masalah sama terus berlaku pada perlawanan-perlawanan akan datang.
 Kali terakhir KAFA didenda ialah pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, 28 Ogos tahun lalu dengan jumlah RM40,000.

Nampak gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.

 

Wednesday, February 20, 2013

Sultan Selangor perkenan bubar Dun Selangor


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila tiba masa yang sesuai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun tarikh pembubaran Dun Selangor itu hanya akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei minggu depan, katanya.

"Tuanku setuju untuk bubarkan Dun, tapi saya akan umum pada masa yang sesuai supaya ada upacara khas pembubaran itu.

"... Sultan tidak halang pembubaran itu,  Tuanku cadangkan ia dibuat dengan tertib dan teratur," kata Abdul Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor di Pejabat Kerajaan Negeri, hari ini.

Ditanya sama ada Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan lebih awal tarikh pembubaran, Abdul Khalid berkata beliau telah berjanji dengan Tuanku untuk tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun beliau mengulangi pendirian semalam bahawa Kerajaan Negeri Selangor tiada masalah untuk membubarkan Dun serentak dengan Parlimen.

"Saya dah janji ikut titah tuanku, tak payah umum awal.

"... kita terima nasihat tuanku, pilihan raya mesti diadakan," katanya.

Abdul Khalid pada 30 Januari lalu mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk membubarkan Dun Selangor selepas perayaan Chap Goh Meh susulan tarikh tempoh penggalnya akan berakhir secaara automatik pada 22 April depan.

Kelantan dapat semangat, Keita mula serasi.

Kelantan menamatkan badi lima perlawanan tanpa kemenangan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.

Kemenangan The Red Warriors bertambah manis apabila penyerang import mereka, Keita Manjou akhirnya menamatkan kemarau jaringan dengan menyumbat kedua-dua gol untuk juara treble musim lalu itu.

Pemain dari Guinea itu yang berdepan dengan kritikan kerana tumpul di depan gawang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-32 melalui tandukan selepas rembatan awalnya terkena palang gol.

Sorakan nama Keita Manjou bergema di stadium pada minit ke-63 separuh masa kedua apabila dia memanfaatkan hantaran jauh rakan sepasukan, Indra Putra Mahyuddin untuk menghasilkan gol kedua.

Keyakinan pemain berusia 36 tahun itu semakin terserlah apabila hampir menjaringkan hatrik, namun jaringannya pada minit ke-69 itu dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Pertembungan antara seteru utama Pantai Timur itu bermula dengan skuad Penyu terlebih dahulu mengasak ke gawang The Red Warriors seawal minit ketiga, namun kecekapan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat menafikan banyak percubaan pelawat.

Kerancakan jentera serangan Terengganu terencat pada minit ke-12 apabila penyerang utama mereka, Effa Owona terpaksa dikeluarkan dipercayai mengalami kecederaan otot paha.

Terengganu yang cuba menggandakan serangan pada separuh masa kedua bagaimanapun terpaksa akur bermain 10 pemain selepas ketua pasukan, Faizal Mohamad dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

KAFA ketepikan tiga pemain : Tan Sri Annuar

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyingkirkan tiga pemain menjelang April bagi memberi ruang kepada tiga muka baru untuk mengatasi krisis ketumpulan jentera serangan.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan menyingkirkan tiga pemain yang tidak dinyatakan itu terpaksa dilakukan demi kepentingan pasukan yang kini berdepan kemarau kemenangan sepanjang pusingan pertama Liga Super musim ini.

Katanya, KAFA juga terpaksa menyingkirkan tiga pemain bagi memenuhi kuota 25 pemain seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum mendaftarkan tiga muka baru.
“Tiada masalah lain yang dihadapi kecuali ketiadaan penyerang. Bagi mengatasi masalah ini, kami terpaksa singkirkan tiga pemain bagi membawa masuk tiga pemain lain yang lebih hebat.

“Saya tidak akan sebut nama pemain kerana tidak mahu mereka terganggu. Mereka yang akan disingkirkan bukannya tidak bagus tapi kami terpaksa lakukan demi kepentingan pasukan,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Penajaan Kereta Oleh Syarikat Secretleaf di Kafe The Red Warriors, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim. Pada majlis itu, KAFA menerima tajaan sebuah kereta Proton Persona bagi kemudahan pengangkutan persatuan induk bola sepak negeri itu.
Ketika ditanya adakah pemain import dari Guinea, Keita Mandjou tersenarai dalam penyingkiran itu, Annuar dalam nada tegas meminta supaya dihentikan khabar angin seperti itu.

Katanya, Mandjou masih berada dalam pasukan dan berhak bermain. “Keita memang berhak bermain. Khabar angin seperti itu hanya menjatuhkan moralnya.
“Yang penting, pemain perlu bermain bersungguh-sungguh dan masalah ketiadaan penyerang ini akan diselesaikan pengurusan KAFA.” Sementara itu, Amir Ramadzan berkata, pihaknya teruja dapat menaja Kelantan kerana pasukan itu mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pasukan lain.

“Kami juga akan membawa dua penyokong yang memenangi peraduan ‘Beli Dan Bola’ untuk menyaksikan perlawanan Piala AFC di Vietnam pada 10 April.

“Peraduan ini bermula 15 Februari hingga 15 Mac. Kami menyediakan tiket penerbangan dan kemudahan penginapan tiga hari dua malam kepada dua pemenang itu,” katanya.