Nuffnang Ads

Thursday, July 19, 2012

Aslam teruja sarung jersi TRW



Ketua pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden


Ketua pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden

KETUA pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden menyifatkan penghijrahannya secara pinjaman ke Kelantan bagi mengharungi saingan Piala Malaysia 2012 adalah satu anugerah bernilai tidak mungkin dilepaskan  bagi menimba pengalaman dan suasana gemilang bersama pasukan Juara Liga Super 2012 itu.

Mengetahui dirinya menjadi antara tiga pemain yang disasarkan pasukan The Red Warrios bagi memantapkan saingan Piala Malaysia, Aslam menyerahkan keputusan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

"Saya dimaklumkan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan antara pengurusan KLFA dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan sekiranya ia berhasil sudah tentu ia keputusan menggembirakan bagi saya.

"Beraksi bersama sebaris pemain dalam pasukan Kelantan sememangnya satu penghargaan dan satu kerugian besar sekiranya tawaran ini saya tolak," katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan KLFA, Rusli Baba menjelaskan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan dan secara dasarnya pihaknya mencapai keputusan positif.

No comments:

Post a Comment