Nuffnang Ads

Monday, July 9, 2012

Kafa kemuka aduan rasmi kepada FAM : Azman



Kafa kemuka aduan rasmi kepada FAM

Ghaddar didakwa menjadi mangsa kekasaran melampau pemain Selangor.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya, Mohammad  Ghaddar pada perlawanan Liga Super, 29 Jun lalu.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada badan induk bola sepak itu.
"Surat aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas kami mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka kertas dakwaan atau tidak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan mengenai sikap Ghaddar yang dikatakan sering cuba melakukan provokasi kepada pihak lawan, Azman berkata, tidak menyedari perkara tersebut kerana pemain dari Lubnan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak persatuan mahupun rakan pasukan yang lain.
Mengakui mereka selalu berdepan dengan masalah komunikasi dengan pemain berusia 28 tahun itu, Azman bagaimanapun enggan bertindak terburu-buru untuk menghukum pemain berkenaan.
"Setakat ini Ghaddar tiada sebarang masalah dalam pasukan mahupun pihak pengurusan. Saya tidak tahu apa yang berlaku di padang, namun saya pasti masingmasing ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan.
"Sekiranya benar pemain Kafa melakukan sebarang kesalahan, kami pasti akan menyiasat kes tersebut secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka," katanya

No comments:

Post a Comment