SEREMBAN - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Tuan rumah yang bermula garang pada separuh pertama berjaya membolosi gawang pelawat hasil jaringan penyerang muda, Mohd Fidaus Azizul seawal minit ke-13.
Bagaimanapun, anak didik Bojan Hodak tidak menunggu lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Azlan Ismail selepas menewaskan penjaga gawang Farizal Marlias hasil sepakan sudut pada minit ke-46.
Asakan bertubi-tubi pasukan Red Warrriors ke gawang tuan rumah terus membuahkan hasil apabila pemain import, Mahmoud Ghadar yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.
Kelantan terus menambah derita tuan rumah apabila Indra Putra Mahyiddin menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.
Ketua pasukan skuad Rusa, Shukor Adan tidak berputus asa untuk merapatkan jurang kedudukan apabila berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Kemenangan semalam membolehkan Red Warriors semakin sukar dicabar apabila terus menambah tiga mata dan menerajui liga dengan 54 mata.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment