Sama ada Mohamed Ghaddar bersalah atau tidak, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetap akan menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hati terbuka.
Namun, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim jelas mengharapkan perbicaraan kes ke atas penyerang import mereka dilakukan secara adil dan telus.
Semalam, KAFA juga mengesahkan sudah menghantar surat jawapan berhubung pertuduhan ke atas Ghaddar, yang didakwa mengasari pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar.
Penjelasan secara bertulis itu dihantar sehari sebelum tamat tempoh ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan surat jawapan mesti diterima sebelum 1 Ogos.
Azman yang juga pengurus pasukan Kelantan berkata pihaknya sudah mematuhi syarat ditetapkan FAM berhubung isu membabitkan Ghaddar dengan Bunyamin.
“KAFA berharap akan menerima keputusan yang memberangsangkan daripada FAM,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada 24 Julai lalu, KAFA dikejutkan dengan kehadiran surat Jawatankuasa Tatatertib FAM mendakwa Ghaddar mengasari Bunyamin ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, 29 Jun lalu.
Surat itu menyatakan Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini dengan Ghaddar bakal berdepan tindakan digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 jika sabit kesalahan.
Ditanya jika Ghaddar didapati bersalah, Azman menegaskan bahawa pasukan Kelantan tetap mengharungi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula hujung Ogos ini walaupun tanpa kehadiran penyerang import itu.
"Sekiranya Ghaddar bersalah dan digantung tiga perlawanan, tidak dinafikan barisan serangan The Red Warriors akan tumpul, namun ia tidak bermakna Kelantan tidak boleh cemerlang disebabkan kehilangan seorang penyerang itu.
No comments:
Post a Comment