Nuffnang Ads

Sunday, July 8, 2012

QPR bida Park Ji-sung


QUEENS Park Rangers sudah membuat bidaan £5 juta (RM24.5 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United,Park Ji-sung.
Pengurus QPR, Mark Hughes meminati pemain berusia 31 tahun dari Korea Selatan itu dan menerima sokongan pemilik kelab, Tan Sri Tony Fernandes yang melihat potensi pemasaran jika membawa masuk pemain dari Timur Jauh itu.

no preview

Park sentiasa menjadi pemain pilihan Sir Alex Ferguson untuk perlawanan penting sejak menyertai kelab itu pada 2005 tetapi dalam tempoh 18 bulan lalu, dia kurang diberi peluang beraksi di Old Trafford.


Tony berminat untuk mengeksploitasi aliran keuntungan dari rantau itu untuk manfaat kelab itu dan juga penerbangan Air Asia miliknya yang melakukan penerbangan ke Seoul.

no preview

Park yang menang empat gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara ketika bersama United difahamkan tertarik untuk menyertai QPR menerusi perancangan mereka.


Park memulakan kariernya dengan kelab Jepun, Kyoto Purple Sanga pada usia 18 tahun dan menyerlah ketika skuad Korea yang dibimbing Guus Hiddink ketika itu mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002.

no preview


Dia kemudian mengikuti jurulatih kelahiran Belanda itu ke PSV Eindhoven di mana dia bermain selama tiga tahun sebelum menyertai United dengan nilai £4 juta (RM19.6 juta).

No comments:

Post a Comment