Nuffnang Ads

Thursday, July 5, 2012

The Red Warrior's mahu pertahankan kejuaraan liga lebih awal


Pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan (kanan) diasak pemain Kelantan Nik Mohd. Shahrul Azim dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban, kelmarin.
KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan menumbangkan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Seremban kelmarin meletakkan Red Warriors sebelah kaki untuk mempertahankan kejuaraan.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Bojan Hodak selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan empat mata berbanding pesaing terdekat Lions XII.
Kelantan hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga baki perlawanan untuk bergelar juara.
Pengurus Red Warriors, Azman Ibrahim memuji Hodak yang bijak merencana pasukan biarpun beraksi tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.
"Hodak tidak mempunyai banyak pilihan pada perlawanan semalam sehinggakan terpaksa memanggil beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden untuk memperkuatkan pasukan.
"Namun Hodak bijak mengimbangi kekuatan lawan dan akhirnya kita berjaya membawa pulang tiga mata pada perlawanan tersebut," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini semalam.
Azman mengakui pada babak pertama barisan pemain Kelantan beraksi di bawah keupayaan sebenar sehingga memberi peluang kepada pasukan tuan rumah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-13.
"Walaupun dikejutkan dengan jaringan awal tersebut, pemain Red Warriors tidak putus asa sebaliknya bangkit pada babak kedua dan berjaya memperolehi tiga jaringan penting.
"Kemasukan Mohammad Ghaddar pada babak kedua memberikan impak kepada pasukan dan kita berjaya menjaringkan gol, begitu juga dengan Mohd. Badri Radzhi.
"Walaupun kedua-duanya masih cedera namun mereka beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut," ujarnya.
Azman turut mengingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah perlawanan selepas ini biarpun mereka hanya memerlukan tiga mata untuk bergelar juara Liga Super.
"Kita mahu meraikan awal kemenangan selaku juara liga untuk mengelak sebarang tekanan kepada pasukan.
"Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Setiap perlawanan yang diharungi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin," ujarnya.

Sumber ; Utusan

No comments:

Post a Comment