Nuffnang Ads

Monday, August 13, 2012

Afiq ledak hatrik buat The Red Warriors


Pemain pinjaman Kelantan, Mohd Afiq Azmi mempamerkan bisanya apabila meledak hatrik dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam kelmarin. 

Pemain pinjaman dari Kuala Lumpur itu membantu pasukan menang 3-0 apabila menjaringkan gol pada minit 31, 33 dan 59 tetapi mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk keserasian dengan rakan baru sejak menjalani latihan pada 29 Julai lalu. 

Bagaimanapun, Mohd Afiq lebih yakin kerana rakan barunya banyak membantu, malah memudahkannya membentuk keserasian yang lebih mantap sebelum kempen Piala Malaysia membuka tirai 22 Ogos ini. 


"Saya masih perlu banyak belajar dan mendapat bantuan daripada rakan sepasukan untuk memantapkan ketajaman sebagai peledak dalam pasukan. 

"Saya gembira kerana mampu menjaringkan tiga gol untuk membantu Kelantan menang ke atas pasukan Pattani FC. Ini adalah satu permulaan baik dan merangsang semangat saya menjelang kempen piala berprestij itu," katanya sejurus perlawanan. 

Ternyata, penyerang tinggi lampai itu mampu menyesuaikan diri dengan cepat, walaupun kehadirannya masih baru sekali gus mampu mempertajamkan jentera serangan The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan trebel musim selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Sumber Gambar : Gawang.My

No comments:

Post a Comment