Nuffnang Ads

Friday, August 3, 2012

The Red Warrior's berdepan dengan laluan berliku



Piala Malaysia: Kelantan berdepan dengan laluan getir

Kelantan tekad merampas kembali trofi Piala Malaysia yang dimenangi pada 2010.
azman ibrahim kafa kelantan

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim
JUARA Piala FA dan Liga Super, Kelantan berdepan saingan sengit apabila diundi bersama Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung penghujung Ogos nanti.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengakui laluan pasukannya  kali ini pasti sukar.

"Diundi bersama tiga pasukan Liga Super dan satu dari Liga Perdana bukanlah satu  laluan yang  mudah bagi kami untuk menjulang gelaran juara. Dan saya akui undian kali ini agak getir buat pasukan Kelantan.

"Lebih-lebih lagi ATM juara Liga Perdana musim ini. Mereka agak  kuat untuk kami," kata Azman ketika ditemui di Majlis undian Piala Malaysia 2012 di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, Azman juga tidak mahu memandang ringan terhadap pasukan Terengganu dan Kedah yang dianggapnya bukan calang-calang pasukan.

"Terengganu adalah naib juara musim lepas. Sudah pasti mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk mencatat kemenangan. Jadi, bagi saya Terengganu mahupun Kedah harus diberikan perhatian.

" Apa-apa pun kami janji akan melakukan yang terbaik nanti," katanya lagi.

Dalam Piala Malaysia 2012, sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam merebut gelaran juara musim ini.



Berikut kedudukan 16 pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2012:

Kumpulan A: Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor

Kumpulan B: Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM

Kumpulan C: Perak, Negeri Sembilan, Felda United, Sime Darby

Kumpulan D: Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang




No comments:

Post a Comment