Nuffnang Ads

Friday, August 3, 2012

ATM ada peluang - Hai O


Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak seharusnya terhenti setakat memenangi Liga Perdana, malah mereka memasang impian untuk merangkul Piala Malaysia biarpun diundi dalam kumpulan maut.

ATM bakal berdepan laluan sukar dalam Kumpulan B apabila diundi bersama dua gergasi pantai timur, Kelantan dan Terengganu, selain bekas juara, Kedah.

Ketua pasukan, Hairuddin Omar berkata, melihat kepada barisan pemain dan tahap pengalaman yang dimiliki, ATM mempunyai peluang untuk melakar sejarah dan melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

no preview

"Kita mampu lakar kejutan tetapi kita perlu hadapi perlawanan peringkat kumpulan satu persatu. Kekuatan kami bukan kerana kehadiran saya, tetapi kami boleh memenangi Piala Malaysia berdasarkan kemampuan keseluruhan pasukan," katanya.

Pemain tengah berusia 32 tahun ini membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009, sebelum mengulangi kejayaan bersama Kelantan pada 2010. Tahun lalu, dia melengkapkan hatrik menjulang piala berprestij itu buat Negeri Sembilan.

"Sasaran awal kami untuk Piala Malaysia musim ini ialah mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang kejayaan yang lebih besar," kata pemain kelahiran Terengganu itu lagi.

Sementara itu pengendali ATM, B. Sathianathan, mengakui Kumpulan B amat sukar dengan kehadiran pasukan berpengaruh dalam saingan Liga Malaysia, termasuk juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan.

"Kita juga tidak boleh mengenepikan cabaran pasukan Kedah kerana mereka juga memiliki sejarah yang hebat," katanya.

No comments:

Post a Comment